Malaysia Vs Manchester United yang berlangsung pada 18 July 2009 merupakan satu permainan bola sepak yang sungguh menghiburkan terutama sekali permainan yang dari Malaysia. Keputusan penuh adalah Malaysia tewas 2-3 dengan Manchester United. Manchester United terlebih dahulu menjaringkan goal iaitu daripada penyerang berbisa mereka iaitu Wayne rooney manakala Nani menjadikan kedudukan 2-0. Sesuatu yang tidak disangka berlaku apabila penyerang Malaysia iaitu Amri Yahya dengan mudah menundukkan Edwin Van de sar. Jaringan Volley yang begitu cantik.
Kedudukan berubah lagi apabila penjaga goal gantian Manchester United iaitu Fooster melakukan kesilapan mudah dan memberi peluang kepada Amri Yahya untuk menjaringkan goal kedua peribadi dan juga goal kedua bagi Malaysia. Pada separuh masa kedua, rentak perlawanan sememangnya dikuasai oleh Manchester united, namun begitu pujian mengunung harus diberikan kepada pasukan Malaysia. Walaupun dikuasai sepenuhnya oleh manchester united, pemain malaysia cukup bijak untuk menangkis segala serangan malah keputusan seakan-akan berkesudahan seri 2-2, sehinggalah kemasukan pemain baru manchester united, iaitu Micheal Owen.

Owen menjadikan kedudukan 3-2 apabila mudah menewaskan penjaga goal malaysia apabila serangan daripada ryan giggs gagal disudahkan oleh beliau dan bola muntah dengan mudah disambar oleh Micheal Owen untuk menjaringkan goal.
Overall, Pasukan manchester United semestinya harus memantapkan lagi pasukan tersebut sekiranya mahu mengekalkan kejuaraan EPL yang dimenangi oleh mereka. Rata-rata serangan dari manchester united mudah dibaca malah kelibat pemain baru manchester united iaitu micheal Owen masih boleh dipertingkatkan lagi.
Bagi Malaysia pula, keputusan ini semestinya dapat menaikkan lagi moral pasukan malaysia. Suatu permainan yang cukup dari Malaysia. Keyakinan pemain malaysia dalam mengawal permainan mampu memberi tekanan kepada Manchester United.

















January 27th, 2010 at 7:59 pm
Rooney! Rooney! glad you got to see him close up.